Friday, 1 March 2013

INGATLAH SUMPAH KITA

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".(Al-A'raaf 7:172)

Atau supaya kamu tidak mengatakan:" Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat Itu?" (Al-A'raaf 7: 173)

Ayat 172 di atas mengingatkan sumpah kita kepada Allah swt maha pencipta semasa kita di alam ROH. Memang di alam DUNIA ni kita tak ingat sebab DUNIA ini adalah ujian semata-mata. Dalam surah Al-Mulk ayat 2 Allah swt berfirman " Kejadian hidup dan mati itu adalah ujian, siapakah yang lebih baik amalnya. Sesungguhnya Allah maha pengampun bagi yg bertaubat".

Ayat di atas juga menyuruh kita supaya berusaha memperbaiki amal dan menjaga kebersihan dan ketenangan batin atau jiwa atau roh atau hati kerana jasad kita ini cuma pinjaman drp Allah swt. Kerana selepas kita mati, jasad kita akan mereput di kubur, tetapi roh akan dibawah ke alam BARZAKH menunggu kebangkitan pada hari kiamat dan dihimpunkan di padang masyar untuk dihisab.

Dari ayat ini juga, kita mengambil tahu bahawa semua manusia telah mengenal Allah swt dan akan ingat semula sumpah tersebut apabila menghadapi kematian atau di hari kiamat. Lahir dlm keluarga bukan islam tidak boleh dijadikan alasan di hadapan Allah swt kelak. Maka kita patut bersyukur dan taat kerana lahir dari perut si ibu yang islam!!! Bertaubat la kalau sudah terlanjur. Kembalilah kepada Allah swt sebelum malaikat maut menyentak roh kita.

Selain itu, ayat 172 - 173 ini juga mengingatkan kita bertapa pentingnya dakwah kepada sesama manusia terutamanya keluarga kita sendiri, sahabat, jiran dll. Kerana mereka2 ini akan menuntut kita di akhirat kelak kerana tidak mengingatkan mereka. Kita tidak boleh benci kepada orang bukan islam atau yang islam derhaka kerana kita semua sama2 bersumpah kepada Allah swt. Kita semua asalnya adalah ISLAM!!!

JANGAN MENGKAFIRKAN ORANG ISLAM
kerana batin atau hati masing2 hanya Allah swt yg lebih mengetahui tahap kebersihan atau tahap iman mereka.

Wallahualam

Monday, 11 February 2013

KENAPA KITA MENGEJAR DUNIA, SEDANGKAN MAUT SENTIASA MENGEJAR KITA?

Haiwan mati menjadi bangkai, tumbuhan mati meninggalkan tangkai, namun manusia mati, tiap perbuatannya di dunia akan dirungkai. Firman Allah swt:

Tiap tiap yg berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dgn keburukan dan kebaikan sbg cubaan (yg sebenar benarnya). Dan hanya kpd Kamilah jua kamu dikembalikan. (Al anbiya: 35)

Setiap masa begerak usia kita berkurang, kita semakin dekat dgn ajal kita. Bagaimana mungkin manusia itu sentiasa mengejar kesenangan dunia, sedangkan maut sentiasa mengejarnya? Contohnya Abu Dzar Al Ghiffari pernah memberitahu Rasulullah saw bahawa beliau cintakan mati kerana hanya dgn mati sahajalah satu satunya cara beliau dpt bertemu dengan Allah swt. Namun tidak dinafikan banyak manusia yg takutkan kematian.

Bagi seorang mukmin, mungkin dia takut mati sebab amalannya belum cukup. Dan bagi yg lalai, dia takut mati kerana cintanya kpd dunia. Firman Allah swt:

" katakanlah, sesungguhnya kematian yg kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu. Kemudian kamu akan dikembalikan kpd Allah, yg mengetahui yg ghaib dan yg nyata, lalu Dia beritakan kepada kamu apa yg telah kamu kerjakan"(Al Jumu'ah: 8)

Tanamkan dlm hati..yakinlah.. Kematian adalah permulaan kehidupan yg kekal di sisi Allah swt. Bukan kesudahan. Dalam kehidupan dunia ini berusahalah membersihkan hati atau jiwa kerana itulah dirimu yang kekal. Badanmu yg cantik, hensome, kaya, berkuasa, dan berpangkat akan buruk menjadi tanah. Kenali Allah swt, takuti Allah swt bukan takut miskin, bukan takut dgn makhluk, dan mengharaplah hanya kepada Allah swt.. Makhluk tidak dpt memberi manfaat atau mudarat. Firman Allah swt.

" (setelah menerangkan akibat orang2 yg tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang2 yg beriman dan beramal soleh akan disambut dgn kata2) "wahai orang yg mempunyai jiwa yg sentiasa tenang tetap dgn kepercayaan dan bawaan baiknya. Kembalilah kpd Tuhanmu dgn keadaan Engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yg diberikan) lagi diredhai ( di sisi Tuhanmu). Serta masuklah Engkau dalam kumpulan hamba hambaKu yg berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurgaKu!" (Al Fajr: 27-30)

Apakah insan-insan yg sudah terlanjur melakukan dosa seperti kita ini masih sempat bertemu Allah swt seperti ayat di atas? Sedangkan hati atau jiwa kita telah kotor dan keras? Jawapannya, " Ya!"

" Hai anak Adam, sesungguhnya jika kamu meminta dan mengharap ampunanKu, nescaya Aku ampuni dosa yg telah kamu perbuat dan Aku tak peduli. Hai anak Adam, andai kata dosamu seluas langit lalu kamu memohon ampunanKu, nescaya Aku ampuni dan Aku tak peduli. Hai anak Adam, jika kamu menghadap padaKu dengan membawa dosa sepenuh bumi pula lalu kamu tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku datang padamu dengan ampunan sepenuh bumi pula" (Hadis Qudsi, Hadis Riwayat Tirmidzi)

Sekali lagi, marilah berusaha bersihkan hati ini..amalkan 3 perkara berikut:
1. Mencintai Allah swt dan RasulNya lebih dari selainnya
2. Mencintai jihad ke jalan Allah swt
3. Benci kembali kpd kekufuran atau kederhakaan seolah olah akan dihumban ke neraka. ( taubat nasuha )

Berzikirlah( di lidah atau di hatimu) mengingati Allah swt dlm setiap saat, samada kamu sdg berdiri, duduk atau baring. Kerana langit yg 7, bumi dan segala isinya sentiasa bertasbih kpd Allah swt. Tetapi kita tidak memahaminya.

Cintailah rasul saw dgn mengamalkan sunah baginda. Banyakkan selawat kpd Nabi saw.

Sekian

Wallahualam..

Cinta hati kita milik siapa?

Watch "Kajian Marifatullah DT Bandung-05012012" on YouTube

Friday, 1 February 2013

KENALI ALLAH » TAKUT DAN HARAP»KHUSYUK»MUSLIM BERIMAN

" wahai saudaraku, kenalilah Allah, jgn engkau tidak mengenalNya. Taatilah Dia, jgn mendurhakaiNya. Ridhalah pd takdirNya, jgn membantahNya. Kenalilah Al haq Azza wa Jalla dengan sifat2Nya(sifat20 dan asmaul husna). Dialah yg maha pencipta, pemberi rezeki, yg awal dan akhir, yg zahir dan batin, yg qadim, yg abadi, dan yg maha berbuat apa yg Dia kehendaki. " kata2 syaikh abdul qadir al jailani rah.a

Manusia dianugerahi akal untuk berfikir dan hati untuk menerima kepercayaan. Ramai Umat islam akhir zaman (sekarang) bersumpah dgn kalimah syahada. Syukur alhamdulillah kerana masih berpegang kpd tauhid. Namun tanpa kita sedari, kita adalah lebih teruk drp orang kafir. Kenapa? Kerana kita telah dipilih oleh Allah swt sebagai hambaNya dgn diberikan agama tauhid tetapi kita durhaka kpd Allah swt.

Punca kederkahan ini tidak lain adalah kita TAK KENAL akan Allah swt yg disebabkan oleh godaan syaitan, malas menuntut ilmu al quran dan sunnah Nabi saw, tunduk kpd nafsu, terlalu mengejar kesenangan dunia, sehingga lupa akan kehidupan selepas mati. Berapakah umur kita sekarang? Klu lah purata umur manusia cuma 60 tahun, berapa lama lg kita hidup? Mari menghisab amalan sejak kita akhil baligh. Berapa lama dah kita derhaka kpd Allah swt.? Berapa banyak rakaat yg kita tinggalkan? Berapa banyak puasa yg kita tinggalkan? Berapa banyak dosa yg kita pernah buat? Kemudian bangkit la..bertaubatlah. Kembalilah kepada alquran dan sunnah. Tak pandai mengaji? Belilah tafsir..pandai mengaji pun klu tak faham bahasa arab tak sampai jg maksud wahyu tersebut..sudah faham maka kita wajib mengamalkannya.

Kenalilah Allah swt dengan ilmu alquran tadi dan perhatikanlah sekeliling (guna ilmu alam, fizik, kimia, biologi, sejarah dll)dan tubuh kita sendiri. Apakah gunanya kita banyak ilmu (diploma, ijazah, Phd) tetapi tidak kenal kpd pencipta atau sumber ilmu tersebut yakni Allah swt. Tak kenal maka tak cinta....tak kenal Allah swt maka tak takut. Sesudah merasa takut kita mengharap redhaNya..takut dan harap mesti seimbang. Kerana takut kita tinggalkan laranganNya, kerana 'harap' kita mentaatiNya dan berusaha melakukan amal yg membuahkan pahala. Ringkasnya takut kpd azab kubur, azab di Padang masyar,azab di titian sirat dan azab neraka. Harap kepada balasan syurga.

Kenali ciptaan dan kebesaran kerajaan  Allah swt, agungkan Allah swt dgn zikir insyallah solat dan amal kebajikan akan kusyuk..solat yg kusyuk akan menjaga diri kita sebagai orang beriman.

Jika kamu ingin menjadi muslim yg benar, maka perbanyaklah mengingat mati. Kerana hal itu amat berguna bagi kamu, nafsumu, keinginanmu, syaitanmu, dan kamu akan mudah berpaling dari fitnah dunia. Barang siapa tidak mengambil manfaat dari nasihat maut, maka tidak ada jalan lain untuk menasihatinya.

Wallahuallam..

Monday, 28 January 2013

ILMU DALAM PANDANGAN AL - QURAN

Surah Al-Alaq
" (Allah) yang mengajar manusia dengan pena (perantaraan kalam). Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya" ayat 4-5
Kesimpulan ayat di atas ialah sumber segala ilmu daripada Allah swt. Dalam ayat kursi dijelaskan bahawa ilmu itu Allah boleh bagi kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Kursi Allah itu meliputi langit dan bumi. Dan dalam surah Al-Kahfi ayat 109 dikatakan ilmu Allah tiada hadnya walau lautan dijadikan tinta dan ditambah lagi lautan di bumi ini tetap tak akan cukup untuk menulisnya. Dia menurunkan Kitab sebagai buku teks dan Rasul sebagai guru. Bagi kita umat Nabi Muhammad saw, kitab AlQuran menjadi asas kepada ilmu di dunia sekarang.

Menuntut ilmu adalah cara mendekatkan diri kepada Allah maha pencipta dan mengajarkan ilmu adalah sedekah.

Dengan ilmu, manusia sepatutnya menjadi lebih mengenali sang pencipta, lebih taat, lebih takut kepada balasan azab Allah swt dan beramal soleh. Tidak kiralah ilmu apa sekali pun.

Manusia boleh mendapat ilmu dengan berusaha mempelajarinya. Manusia juga boleh mendapat ilmu dengan diberi terus oleh Allah swt kepda sesiapa yang dikehendakiNya seperti para Nabi dan Rasul.

AlQuran terus menjadi kajian para ilmuwan untuk mencari ilmu dan bukti kebenarannya agar menginsafkan penuntut ilmu dan semua manusia. Allah berfirman:

" Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di merata-rata tempat dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata untuk mereka al Quran itu adalah benar. Belum cukupkah buat mereka yang Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap perkara?" (Fussilat- 53)

Kenapakah pentingnya kita mengenal keberadaan Maha pencipta dengan ilmu dan pemerhatian kepada ciptaanNya? Jawabnya supaya iman atau keyakinan kita kepada Allah swt sentiasa bertambah dan akhirnya dapat menyebabkan kita takut dan mengharap kepada Allah swt sahaja. Kerana Allah swt menjadikan jin dan manusia untuk menyembahNya. Dan manusia itu memang banyak membantah. Kerana hati manusia itu sentiasa dikotori oleh perbuatan dosa. Dan paling penting, apabila keyakinan kita berkurang, kita akan cenderung kepada dosa yang paling besar iaitu syirik yang halus. Sebagai contoh kita lebih yakin ubat yg menyembuhkan penyakit kita sedangkan makan ubat itu hanyalah usaha kita dan mesti diiringi dengan doa dan tawakal kepada Allah swt.

Ramai orang berusaha dengan tekun dalam menuntut ilmu sama ada ilmu agama atau ilmu kebendaan tetapi akhirnya dia masih lalai dalam mentaati ajaran islam seperti tidak solat, pemarah, bersikap kasar, dengki, mengumpat, bermega dengan perhiasan / ujian dunia (anak2 yg banyak, harta yg bertimbun, kereta mewah, rumah besar dsbg) dan tidak suka membantu orang lain yang hidup melarat? Jawapannya mudah, kerana ilmu tidak disertakan dengan tauhid, ilmu tidak dikaitkan dengan nikmat ciptaan Allah swt..ada ilmu tapi hanya digunakan untuk mencapai kepentingan sendiri spt keuntungan, kemegahan dan lain2.  contohnya kita mahir dalam berpolitik tapi tak takut kepada Allah bahawa apa saja yg kita ucapkan atau perbuatan akan menindas orang yg lemah. Kita mahir memasak tapi tidak mengamati dan mengagungkan Allah yg menumbuhkan sayur yg kita sdg masak. Kita pandai memancing tapi tidak mengamati dan membesarkan Allah yg menciptakan ikan dan lautan..kita berwajah cantik tapi bila becermin atau tengok gambar kita tidak bersyukur dgn menyebut alhamdullilah...

Akhir sekali ilmu yang tidak bertauhidkan Allah swt kita takuti bakal memusnahkan kehidupan manusia...bayangkan tuan-puan sidang pembaca yang dirahmati Allah, ilmu sains sekarang dikuasi oleh orang bukan islam, senjata yang canggih boleh memusnahkan kita apabila pengamal senjata itu tidak beriman dengan hanya mengaut keuntungan. Ilmu program komputer digunakan utk merompak bank, ilmu sistem kewangan digunakan untuk menindas orang kampung..dan banyak lagi ilmu yg disalahgunakan.

Oleh itu menuntutlah apa juga ilmu untuk kebaikan diri, keluarga dan bangsa tetapi pastikan ilmu yang kita perolehi dapat meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah swt..Amin

Friday, 25 January 2013

Dilupakan di akhirat kelak..

Allah berfirman:

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".(Taha 20:124)

Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?"(Taha 20:125)

Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".(Taha 20:126)

Bothers and sisters, marilah insaf dan sedar. Kita transform kata PM Najib..jgn kita lupa daratan menuruti nafsu, hanya mementingkan kebendaan, kemewahan, pengaruh dan kuasa.

Sebaiknya dibahagikan waktu dlm hidup ini, supaya ada waktu untuk mencari dan memikirkan kebendaan, dan ada waktu untuk memikirkan Allah swt, menambah pengetahuan tentang Allah swt, beribadah menyembah Allah, membesarkan dan mensyukuri segala nikmat dan pemberianNya.

Mahukah kita menjadi buta di akhirat kelak?

Thursday, 24 January 2013

BERTAUBATLAH

Ketahuilah saudara2, para nabi dan rasul allah adalah manusia yg paling mulia di atas dunia ini. Mereka tidak pernah melakukan dosa atau kejahatan. Mereka adalah orang yg paling dekat kpd allah swt. Orang yg dijamin masuk syurga. Tetapi mereka meminta ampun dan bertaubat dengan cara yg luar biasa. Mereka bangun di tengah malam, mereka bersembayang, rukuk dan sujud meminta ampun dan taubat. Dengan tangis dan airmata yg bercucuran, dengan badan yg gementar dan suara yg terputus-putus kerana hebatnya mereka menahan perasaan terharu.

Pernah pd suatu ketika, para sahabat mendapati nabi saw terlalu lama sujud dan tidak bergerak, sehingga mereka menyangka nabi saw sudah meninggal dunia. Setelah mereka dekati, terdengarlah dari mulut baginda kata2 taubat dan meminta ampun kpd allah swt.:

" ya allah, engkau tuhanku, tidak ada tuhan selain engkau. Engkau menciptaku. Aku adalah hambaMu. Dan aku berjanji akan menepati janjiMu dan perintahMu dengan segenap kemampuanku. Aku mohon perlindungan dgn Engkau dari apa2 kejahatan yg aku lakukan. Aku kembali kpd Engkau menyerahkan diriku dgn segenap pemberianMu kpd ku. Aku kembali kpd Engkau mengakui dosaku, memohon agar Engkau sudi memberi keampunan kepadaku. Kerana tidak ada yg dpt mengampuni dosa2 selain hanya Engkau"

Ucapan rasulullah saw tersebut di atas ini masyhur dinamakan "sayyidul istighfar", ertinya cara terbaik untuk meminta ampun dan bertaubat. Jg dikenali sbg raja istigfaar.

Nabi Nuh as 950 tahun umurnya, tidak pernah satu hari pun dalam hidupnya baginda tidak mencucurkan airmata meminta ampun dan bertaubat kpd Allah swt. Sehingga namanya "nuh" yg bermaksud menangis dgn tersedu-sedu. Begitu jg nabi ibrahim, Musa, Daud, sulaiman dan Isa as.

Dalam surah Maryam dari ayat 1 hingga ayat 98 menerangkan bagaimana cara hidup para nabi dan rasul. Surah Maryam ayat 58:

"Mereka itu semuanya adalah orang2 yg telah diberi nikmat oleh Allah, iaitu para nabi dari keturunan Adam, keturunan orang2 yg bersama Nuh di kapal, dan keturunan Ibrahim dan Israil(Yakuub), semuanya adalah sebahagian orang2 yg kami beri petunjuk hidayah dan Kami pilih. Bila dibacakan kpd mereka ayat2 Allah yg maha Pemurah, mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis."

Demikian cara hidup Nabi2, Rasul2 dan orang mulia lain yg menjadi pengikut mereka. Kita sbg manusia biasa lebih banyak melakukan dosa sengaja atau tak sedar. Kita harus lebih banyak beristigfar, sujud bukan setakat di solat fardhu, dan menangis di hadapan Allah swt minta ampun dan bertaubat. Sabda Rasulullah saw yg berbunyi:

" bertaubatlah kamu kepada Allah, saya bertaubat setiap hari 100 kali" ( HR tarmizi dari Abu Hurairah)

Insyallah..

Pujaan hatiku : nabi muhammad s.a.w

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.(A-li'Imraan 3:164)

Mengaitkan ayat di atas dengan kisah saidina umar al kattab r.a
Di suatu sudut masjid umar ketawa gelak. Tiba dia menangis sedih, mengalir air mata membasahi janggut...
Para sahabat bertanya: wahai umar tadi engkau ketawa, kenapa sekarang engkau menangis?
Jawab umar: aku ketawa sebab aku teringat ketika aku belum masuk islam, aku pernah tersesat di padang pasir dlm perjalanan ke syam. Bekalan makanan telah habis. Oleh kerana umar adalah pengemar patung berhala dia sentiasa membawah 4 jenis patung aluzza dan latta yg diperbuat drp emas, perak, kayu dan drp buah kurma dan gandum. Ketika aku lapar aku telah memakan tuhanku. Umar senyum
Dan aku menangis kerana teringatkan perbuatan ku jg sebelum masuk islam. Suatu ketika semasa aku keluar berdagang isteriku menunggu masa untuk bersalin. Umar berpesan kpd isterinya " jika anaknya itu lahir lelaki, tunggulah kepulangan ku agar aku memberi nama yg baik2. Tapi kalau anak itu perempuan, tak perlu tunggu kepulanganku, kubur saja anak itu hidup2." akhirnya lahirlah anak perempuan, fitrah kejadian si ibu sayang dengan bayi itu maka dia menyembunyikan jantinanya dengan memakaikan bayi itu pakaian lelaki. Ketika umar pulang dari perantauan dia sangat gembira kerana isterinya mengakui anak mereka adalah lelaki. Di pendekkan cerita anak itu membesar dan ketika umurnya 6 tahun umar membawahnya ke padang pasir untuk diajar menunggang kuda, memanah dan bermain pedang. Si anak memang cekap belajar seperti lelaki. Tiba2 si anak mengadu hendak membuang air kecil dan mengadu seluar yg ibunya pakaikan sangat sukar untuk di buka. Ini kerana isteri umar sengaja menyembunyikan jantina si anak. Akhirnya saidina umar r.a tolong si anak dan terbongkarlah rahsia yg anaknya itu sebenarnya adalah perempuan. Umar berpeluh dan muka yg merah berada dalam dilema kasih sayang kepada si anak dan malu kepada kaum quraisy. Akhirnya umar bertekad untuk membunuh anaknya demi menjaga maruah. "ketika aku mengorek pasir, si anak membelai dan melap peluh ku, tambah umar sambil menangis" tetapi umar terus mengangkat anaknya itu dan menguburnya hidup2. Umar terus menangis sambil dipujuk oleh para sahabat..

Cuba kita fikirkan sebelum nabi saw menjadi rasul betapa sesatnya manusia ketika itu. Sehinggakan sangup menguburkan anak perempuan hidup2 termasuklah umar sendiri. Tetapi allah telah mengutuskan rasul dari kalangan manusia yang membawa rahmat kepada kita..kalaulah allah mengutus malaikat sebagai rasul, kita akan sengsara sebab malaikat tidak makan, tidak berkahwin, tidak tidur...tidakkah itu akan menyusakan kita bila rasul itu bagi ceramah jam 2 pagi? Malaikat kan tak tidur.

Pernahkah kita menangis kerana meminta ampun kepada allah seperti umar?

Berapa kali kita selawat kepada nabi yg telah mengubah manusia drp kesesatan?

Ketika nabi berhijrah di thaif, nabi diejek di baling dengan batu. Lalu nabi duduk bersandar di bawah pokok..tetiba malailat jibril datang untuk menawarkan pertolongan. Jibril berkata " biar aku musnahkan mereka wahai nabi" tetapi nabi saw menolak tawaran jibril. Nabi saw berkata" mereka tidak menerima agama yg aku bawah kerena mereka tak tahu. Mungkin mereka tidak beriman tetapi anak2 dan cucu2 akan datang akan beriman". Nabi tidak memohon pertolongan dalam dakwahnya (dengan menunjukkan mukjizat spt nabi musa as dan nabi isa as) kerana dia menyimpan doanya di akhirat kelak sebagai syafaat kepada umatnya..brothers and sisters begitu sayangnya nabi saw kepada kita. Marilah kita menginsafi, mengingati nabi saw, beramal mengikut alquran dan as sunah..

Daripada aisyah"akhlak rasullalah adalah al-quran"(hr muslim)..

Semoga kisah2 di atas meningkatkan keimanan kita..insyallah

Wallahualam..

Iman : pemahaman yang mudah

1. Pancaindera dan akal manusia hanya mengetahui alam benda yg terdiri drp benda padat, cair, dan gas
2. Allah swt mengutus rasul utk menambah pengetahuan manusia bukan setakat alam benda tetapi jg alam ghaib yakni kehidupan selepas mati ( alam akhirat )
3. Manusia hidup kerana adanya roh dlm badan kita. Roh la yg menyebabkan kita hidup, berperasaan, mengerti dan sedar. Apabila roh keluar, tubuh akan mati mereput menjadi asal kejadian kita yakni tanah.
4. Sesudah mati, roh kekal hidup tanpa jasad berada dlm alam barzakh ( batasan). Yakni batasan antara dunia dan akhirat
5. Sesudah kiamat pula semua roh diberi tubuh dan dihimpunkan di padang masyar maka bermulalah kehidupan alam akhirat yg kekal. Firman allah:
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main2. Dan sesungguhnya akhirat itulah yg sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui"(surah al' ankabuut: 64)
6. Di alam akhirat itu ada syurga dan neraka. Ikutlah S.O.P yg allah bagi yakni al-quran dan sunnah nabi saw untuk mendapatkan syurga. Ibarat klu nak dapatkan hasil kerja yang baik bacalah dulu buku panduan (s.o.p) supaya hasilnya pun baik. Dan klu dah hafal s.o.p (alquran dan sunnah) tu lebih mudahlah amalan kita.
Kesimpulannya:
Iman adalah asas kepercayaan di atas. Kehidupan dunia ini lah tempat kita mengumpul amal kebaikan(pahala) yg memberati timbangan ketika hisab di padang masyar. Insyallah kita tergolong orang yg menerima kitab amal dgn tangan kanan.
Tidaklah rugi manusia yg mati tanpa rumah besar, tanpa kereta, tanpa anak, tanpa pangkat dsbg... Tapi alangkah ruginya manusia mati tanpa iman atau kepercayaan di atas dan amal2 soleh.
Ingatlah pesan bapa kpd nabi2 iaitu nabi ibrahim as kepada nabi muhammad saw bahawa bekalan untuk mendapatkan taman2 syurga ialah zikir "tiada ada daya dan kekuatan selain pertolongan allah" dan " maha suci allah, segala puji bg allah, tiada tuhan selain allah dan allah maha besar"
wallahualam

Manusia yg tidak rugi dalam surah al-'Asr(masa)

"demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang2 yg beriman, dan beramal soleh, dan orang2 yg berpesan tentang kebenaran dan berpesan tentang kesabaran"(surah al-'asr: 1-3)
Yg tidak rugi ialah:
1. Manusia yg yakin bahawa solatnya, amal baiknya(ibadah), hidupnya dan matinya hanya kerana allah swt. Dia yakin alam kehidupan ni ada "rabb" yg mencipta dan mengurusnya yakni tuhan yg maha esa allah swt.
2. Manusia yg bekerja utk mencari rezeki sekadar utk menguatkan tubuh badan dan terus melakukan amal soleh utk dirinya dan orang lain. Dia berusaha, apabila allah beri rezeki dia bersyukur dan membelanjakannya ke jalan allah(sedekah dan amal jariah). Dan klu hasilnya sedikit dia tetap redha kpd allah dan terus berusaha, berdoa, dan tawakal.
3. Manusia yg pandai menggunakan masanya utk menyeru kpd kebenaran. Kebenaran itu asalnya drp allah swt yg diturunkan kpd rasulnya muhammad saw dgn perantaraan malaikat jibril. Yakni alquran dan syariat islam drp nabi saw.
4. Manusia yg tetap sabar dalam keimanan walaupun telah menerima ujian drp allah swt. Dia jg menyeru orang lain supaya bersabar dan tetap dalam keyakinan kpd allah swt dan terus berusaha, berdoa, dan tawakal.

Kesimpulanya
Kita sentiasa dalam kerugian setiap detik saat bergerak atau setiap hembusan nafas, hidup kita tidak berguna,tidak bernilai apabila tidak diisi dengan keimanan(paling tidak pun sebutlah zikir), masuk waktu tunaikan solat fardu secara jemaah, lakukan kebajikan, sedekah(paling tiada pun bagilah salam dan senyuman), sampaikan kebenaran atau benci perbuatan kemungkaran, dan terus bersabar dgn ujian.